PENUTUP

Tuntasnya, sebagai masyarakat yang prihatin, kita mestilah mewujudkan pelbagai usaha untuk membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang lebih teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan serta dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh semua pihak. Secara tidak langsung, sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai.

Dalam masa yang sama, kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa yang lepas bagi menjamin peristiwa lepas tidak akan berulang semula serta penjajahan ke atas negara kita tidak akan berlaku lagi. Selain itu, kita harus mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu hati dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Akhir sekali, kita brrharap agar semua warganegara di negara kita sentiasa mematuhi akan undang-undang dan peraturan serta menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang demi negara untuk mendapatkan kemerdekaan.

Comments