LANGKAH-LANGKAH

1) Perpaduan kaum  yang dapat dipupuk melalui sukan ialah mengadakan sukaneka atau sukan rakyat yang membolehkan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kesukanan dan dapat mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum di negara kita


2) Kerajaan juga perlu memainkan peranan penting seperti mengadakan pertandingan bola sepak , badminton , takraw dan berbagai lagi dan setiap sukan boleh dimainkan oleh setiap kaum tanpa mengira bangsa , hal ini dapat membuatkan kaum lain mengenali sukan yang mereka tidak ketahui bahkan mereka akan tertarik untuk belajar pelbagai jenis sukan yang ada di Malaysia


3) Ibu bapa juga sangat berperanan untuk membantu memupuk semangat perpaduan , seperti menggalakkan anak anak mereka bermain sukan sukan yang ada di sekolah , ataupun di luar rumah , apabila di luar rumah mereka boleh mengenali kawan dari pelbagai kaum , india , cina , dan lain lain , hal ini dapat mengelakkan dari berlakunya masalah tidak boleh berkawan dengan kaum lain , contohnya melayu sama melayu , cina sama cina , ini merupakan kesan negatif kepada perpaduan di negara ini


4) Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan dikalangan masyarakat. Perbezaan agama serta kepercayaaan tidak mengurangkan semangat perpaduan dikalangan kita. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya hari perayaan. Adat istiadat ini melambangkan dan mencirikan kebudayaan kebangsaan. 

Comments