KEPENTINGAN


1-Kepelbagaian dan kebebasan beragama di Malaysia. Sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Kaamatan dan Hari Gawai dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat melalui pengenalan budaya dan tradisi kaum masing-masing. Hal ini dapat menjadikan masyarakat saling menghormati antara satu sama lain. Sebagai contoh, masyarakat akan mengadakan rumah terbuka bagi menyambut perayaan dapat memupuk amalan ziarah menziarahi. 


2-Perpaduan adalah elemen penting dan harus dipandang enteng bagi memastikan kestabilan ekonomi dan politik dalam hubungan masyarakat yang majmuk di negara ini. “Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerangkan sikap toleransi sesama kaum adalah kunci perpaduan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.


3-Perpaduan akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Kemajuan negara Malaysia dapat menarik perhatian pelancong dan pelabur asing sekaligus menaikkan imej negara. Para pelancong akan lebih tertarik untuk mempelajari budaya dan adat resam rakyat Malaysia disebabkan keunikan masyarakat kita yang berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni.


4-Perpaduan amat penting dalam sesebuah negara bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara. Kerjasama harus wujud dalam diri setiap rakyat dan pemimpin negara ini seperti aur dengan tebing dalam menjayakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif dan efisien bagi meletakkan imej Malaysia seantero dengan negara maju dan membangun yang lain.

Comments