CABARAN

Cabaran dari segi politik negara. Perbezaan parti politik yang terdapat di Malaysia berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza-beza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman berjaya menarik perhatian rakyat akan sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, ahli politik perlulah bersikap lebih terbuka dan matang. Politik seharusnya menjadi tunggak utama dalam membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut hasrat bagi mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kepentingan parti politik merupakan salah satu cabaran bagi mengekalkan perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya rakyat dan para pemimpin negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum antara masyarakat dalam negara akan menjadi lebih erat.


 

 

 

Cabaran dari segi teknologi, kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu khabar atau berita telah menunjukkan sisi negative media massa dan sosial. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin pantas menular terutama apabila isu tersebut menyentuh tentang sensitivi perkauman atau agama. Setiap individu sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara yang sensitif dan berkemungkinan tidak sahih. Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh tentang perkauman dan agama. Pihak berkuasa wajar menguatkuasakan undang-undang kepada pelaku yang mencetuskan isu atau sesuatu perkara yang mampu menggugat perpaduan antara kaum. Ahli masyarakat juga bertanggungjawab menjadi mata-mata pihak berkuasa dimana jika ternampak sesuatu perkara yang akan menimbulkan persalah fahaman dan kemarahan sesebuah kaum atau penganut agama, wajar untuk kita laporkan kepada pihak polis. Intihannya, penggunaan teknologi seperti media sosial sepatutnya menjadi perkara yang positif dalam kehidupan harian kita sebaliknya, penularan isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum menjadi bahan perbualan masyarakat hari ini.

 


 

Cabaran dari segi penggunaan Bahasa Kebangsaan, golongan muda pada hari ini telah kurang menggunakan Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa melayu diakibatkan oleh majoriti anak bangsa pada masa kini telah diasingkan oleh system persokolahan vernacular yang mengikut kaum dan tidak menggunakan Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa utama di sekolah telah menyebabkan hubungan antara masyarakat menjadi semakin renggang demikian hari. Mutakhir ini, didapati masih  terdapat ramai rakyat yang merupakan warga negara yang tidak fasih bertutur dalam Bahasa melayu iaitu Bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa merupakan antara elemen utama dalam berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita tidak fasih dalam berbahasa, bagaimanakah kita hendak berkomunikasi dan berkongsi pendapat antara kita. Sekiranya majoriti masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya dalam berkomunikasi dan pembelajaran maka akan timbul lah sifat minat dalam berbahasa dan secara tidak lansugnya akan mewujudkan sifat toleransi dan persefahaman antara satu sama lain.


Comments